fbpx

Brady raih final pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRADY melangkah ke pentas final Grand Slam buat kali pertama dalam karier selepas menundukkan Muchova semalam. - AFP

MELBOURNE – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Jennifer Brady melangkah ke pentas final Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia buat julung kalinya selepas berjaya menyingkirkan pemain Republik Czech, Karolina Muchova di Arena Rod Laver semalam.

Pada set pertama perlawanan tersebut, pemain ranking No.24 dunia itu bermain dengan baik apabila meraih kemenangan dengan keputusan 6-4, namun cubaan untuk meraih kemena­ngan straight-set gagal dilaksa­nakan selepas Muchova bangkit mengheret perlawanan tersebut ke set penentuan.

Muchova yang menyingkirkan pemain No.1 dunia, Ash Barty di peringkat suku akhir kelmarin gagal meneruskan kecemerla­ngan itu selepas Brady tampil garang untuk meraih kemenangan 6-4, 3-6, 6-4.

“Saya tidak dapat merasakan kaki saya dan sangat gementar malah jantung saya juga berdegup kencang ketika beraksi pada perlawanan tersebut.

“Saya sangat teruja ketika me­langkah ke separuh akhir, namun pada perlawanan itu segala­nya berubah terutama pada set ketiga.­ Perasaan sungguh mendebarkan dan kini lega saya berjaya melepasinya dengan baik,” katanya yang melangkah ke pentas final buat kali pertama di Melbourne.

Hasil kemenangan tersebut, Brady dijangka berdepan bekas pemain No.1 dunia, Naomi Osaka­ esok selepas pemain Jepun tersebut berjaya menumbangkan Serena Williams.

“Saya teruja berada di final Terbuka Australia. Ini satu pencapaian yang luar biasa. Saya akui ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar nanti.

“Osaka telah memenangi beberapa Grand Slam, kami pernah bertemu di Terbuka Amerika Syarikat sebelum ini dan ia perlawanan yang sukar. Saya harap mampu­ bermain dengan baik sekali lagi dan ingin me­lakukan kejutan ke atas­nya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN