fbpx

Tarikh dan masa sembahyang Hokkien Clan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh dan masa sembahyang ‘Hokkien Clan’ di Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sempena Tahun Baru Cina bermula pukul 6 petang esok hingga 2 pagi, Sabtu ini.

Kementerian Perpaduan Negara menerusi kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurutnya, lanjutan tarikh dan masa sembahyang itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP).

“Antaranya ialah bilangan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa; pengurusan RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan atau sembahyang dan penggunaan MySejahtera digunakan bagi tujuan rekod.

“Selain itu, SOP lain adalah mengecualikan imbasan kod MySejatera yang hadir ke RIBI diberikan kepada penganut yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai telefon pintar,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI