fbpx

SELangkah ditambah baik dengan fungsi kesihatan dan komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SElangkah

PETALING JAYA – Aplikasi SELangkah telah dinaik taraf dalam usaha membantu membantu penduduk Selangor yang terkesan dari segi kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Penambahbaikan telah dilakukan melalui sistem penjejakan kontak kepada aplikasi yang menawarkan pelbagai kemudahan bagi memastikan penggunanya kekal selamat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ciri-ciri yang terlibat dalam penambahbaikan adalah pengimbas dwi-sistem, pendaftaran masuk (check-in) menggunakan sistem GPS, paparan sejarah imbasan, dan buletin berkenaan Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangkah Ventures Sdn. Bhd. (pemilik ekosistem SELANGKAH), Tengku Iesta Tengku Alaudin, keselamatan dan kemudahan pengguna adalah keutamaan pihak syarikat.

“Ketika negara sedang menuju ke arah digitalisasi, penambahbaikan ini disasar bagi menawarkan perlindungan dan kemudahan buat semua,” ujarnya.

Terdahulu, aplikasi berkenaan telah dilancarkansecara maya oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI