fbpx

Peniaga didakwa nodai anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki 43 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya berusia 15 tahun pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 43 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang gadis yang semasa kejadian berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Bagan Jermal, Butterworth.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6.30 petang pada 4 Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 18 Mac ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI