fbpx

Pengganggur didakwa sebabkan kematian anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, T. Yogarajah dibawa anggota polis trafik keluar dari Mahkamah Majistret Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kejadian kemalangan Jumaat lalu.

Tertuduh, T. Yogarajah, 58, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut kertas pertuduhan, Yogarajah didakwa memandu kereta dengan kadar alkohol dalam nafas melebihi had yang ditetapkan dan menyebabkan kematian Lans Koperal Bradford Bernard, 28.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kilometer 6 Jalan Kluang – Teck Wah Hing, Kluang pada pukul 10.57 malam, 12 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit bersalah, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM100,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nur Zahida tidak menawarkan jaminan terhadap OKT namun mahkamah memberikan peluang kepada tertuduh untuk merayu jaminan tetapi tertuduh tidak mahukannya kerana tidak mampu membayar jaminan.

Arun menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula di mahkamah sama dan OKT dibenarkan untuk melantik peguam atau mendapatkan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Arun turut memerintahkan lesen memandu suspek digantung sehingga perbicaraan selesai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI