fbpx

Sebuah lagi rumah penduduk ranap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shapawi Setapa meninjau lokasi runtuhan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Sebuah lagi rumah milik penduduk di Kampung Pohon Chelagi di sini ranap sebelum terhumban ke bawah cerun dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan semalam.

Rumah tersebut runtuh pada pukul 9 malam tadi dan setakat ini sebanyak empat buah kediaman milik penduduk di kawasan tersebut telah ranap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Shapawi Setapa berkata, berdasarkan pemerhatian, terdapat pergerakan tanah dikesan masih aktif berlaku di kawasan tersebut.

“Ada dua buah lagi rumah dilihat menunggu masa untuk ranap.

“Semua mangsa yang berada di kawasan berisiko telah diarahkan berpindah ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Shapawi memberitahu, kebanyakan penduduk yang terjejas menumpang di rumah saudara-mara buat sementara waktu.

Katanya, pemantauan berterusan sentiasa dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, terdapat rekahan baharu berlaku di kawasan tersebut dan keluasan runtuhan turut bertambah sebanyak tiga meter malah sehingga kini, sebanyak 45 keluarga telah terlibat dengan kejadian tersebut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI