fbpx

Masalah capaian internet di enam lokasi sedang diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Enam lagi lokasi di empat buah negeri yang berdepan masalah capaian internet diberi perhatian dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ia membabitkan dua lokasi di Selangor iaitu Kampung Sri Kledang (Hulu Selangor) dan Kampung Sungai Tengar, Tebuk Mufrad (Sabak Bernam); Kampung Orang Asli Tasik Mentiga (Pahang) dan Kampung Kuala Betis (Gua Musang, Kelantan).

Dua lagi lokasi ialah Kampung Payong (Setiu, Terengganu) serta Kampung Bukit Chempedak, Kampung Jerong Seberang, Kampung Jerong Surau dan Kampung Jerong Tuan di Pengkalan Berangan, Marang.

MCMC menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya kini sedang membina sebuah menara baharu di Kampung Sri Kledang yang bakal beroperasi akhir Mac ini manakala, sebuah menara telekomunikasi di bawah pelan Jalinan Digital Negara dijangka dibina awal tahun depan.

“Bagi Kampung Sungai Tengar pula, kami sudah mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi melaksanakan pengoptimum antena menara telekomunikasi yang dijangka siap akhir bulan ini.

“Selain itu, kami juga sudah mengarahkan pihak Celcom untuk melaksanakan kerja-kerja pengoptimum rangkaian bagi menangani kelemahan liputan di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga dan ia dijangka siap akhir Mac ini,” katanya.

MCMC berkata, pihaknya turut mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melaksanakan kerja-kerja pengoptimum bagi mengatasi masalah capaian internet di Kampung Kuala Betis seperti yang dilaporkan Kosmo! sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga sedang menyemak kualiti liputan rangkaian telekomunikasi di Kampung Payong dan sebuah menara telekomunikasi akan dinaik taraf bermula suku kedua tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI