fbpx

Penganggur dicekup simpan 630 biji pil kuda dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINUDDIN (kiri) menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Gua, Bukit Panau dekat Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH – Seorang lelaki berdepan hukuman mati mandatori selepas dia ditahan polis atas kesalahan memiliki 630 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Gua, Bukit Panau di sini semalam.

Selain pil kuda, polis turut merampas 45 botol ubat batuk, dua kilogram daun ketum dan dua biji pil erimin 5 yang bernilai RM 6,850 ketika serbuan pada pukul 1.35 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md. Yusoff berkata, sewaktu serbuan dijalankan, suspek yang berusia 28 tahun itu berada di dalam rumah tersebut.

Katanya, bagaimanapun, suspek telah bertindak melarikan diri ke bilik belakang rumah itu selepas pegawai polis memperkenalkan diri.

“Bimbang barang kes akan dimusnahkan oleh suspek, anggota polis telah bertindak memecahkan pintu gril sebelum terus masuk ke bahagian bilik belakang rumah itu.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu telah membawa kepada penemuan pil kuda, ubat batuk, daun ketum dan pil erimin 5,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin, siasatan mendapati, suspek merupakan seorang penganggur dan telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Ujarnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kancil, barang kemas, beg tangan berjenama mewah, telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM 1,300 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 63,800.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI