fbpx

Awasi bahan lucah percuma di internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NOR ERYANI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MINGGU lalu, satu laporan be­rita hiburan tempatan menjadi tumpuan apabila aktres ter­kenal, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta dikecam netizen.

Semuanya gara-gara satu perkongsian yang mengundang kontroversi dalam akaun rasmi Instagram anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang mempromosi produk membesarkan payudara.

Tindakan itu mengundang kritikan kerana perkongsian tersebut memaparkan individu dalam iklan itu berpakaian mencolok mata sehingga mendedahkan sebahagian besar payudara.

Ironi, iklan sebegitu bukan lagi asing kerana ramai selebriti tempatan khususnya yang bertindak selaku ‘penyebar’.

Mereka dibayar untuk melakukan promosi produk berkenaan. Walhal kandungan iklan produk tersebut sangat tidak sesuai de­ngan budaya negara ini.

Bagi tempoh 2018 sehingga 30 Jun 2020, sejumlah 125 kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan lucah dalam internet.

Lima kes didakwa bagi tempoh itu, namun bukan sekadar pendakwaan, tindakan undang-undang seperti menyekat akses kepada 2,484 laman web pornografi turut diambil.

Pelbagai usaha telah dilakukan SKMM. Antaranya ialah mewujudkan aplikasi saringan kendiri Parental Control Tools bagi menyaring jenis kandungan yang diakses anak-anak mereka.

“Kami menggalakkan ibu bapa memuat naik aplikasi dan perisian kawalan kendiri ini bagi membantu mereka memantau dan menyaring kandungan yang diakses keluarga terutama anak-anak bagi mengelakkan penularan kandungan tidak diingini,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam satu laporan tahun lalu.

Menurut Ahli Majlis Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Syed Agil Sheikh Alsagoff, apa yang berlegar dalam internet tidak mampu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebab itu CMCF menekankan kawalan kendiri yang giat dijalankan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam usaha meningkatkan kemata­ngan pelajar.

“Kalau kita tutup satu pintu, 10 pintu lain akan dibuka. Jadi pokok pangkalnya bermula de­ngan diri sendiri,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Syed Agil yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia berkata, konsep kawalan kendiri sudah lama dipraktikkan di negara luar sebagai satu bentuk pendidikan dalam usaha membimbing sifat moral seseorang.

“Masyarakat kita perlu dididik dari segi moral. Bukan sekadar soal bahan lucah, tetapi banyak lagi perkara besar lain yang ma­kin meresahkan seperti kegiatan scammer, privasi dan kes rogol yang bermula daripada media sosial,” ujarnya.

Kata beliau, sebagai pengguna media sosial, seseorang individu perlu mematuhi Kod Kandungan yang dibangunkan CMCF ketika bersiaran di mana-mana platform media sosial.

“Jika melanggar kod itu dan ada aduan dibuat terhadap mereka kerana memuat naik kandungan tidak dibenarkan, tindakan boleh dikenakan.

“Ini merangkumi banyak hal. Contohnya waktu PKP sekarang, ada banyak kes berita palsu melibatkan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI