fbpx

Annuar Musa sudah dipanggil untuk rakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly

KUALA LUMPUR – Polis memaklumkan sudah memanggil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa individu lain termasuk penganjur berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, mereka sudah dipanggil semalam untuk merekodkan percakapan.

“Pasukan siasatan saya sudah rakam percakapan ketiga-tiga pihak lebih kurang dua jam. Kita juga akan meneliti video permohonan maaf yang dibuat beliau.

“Video itu akan diambil bagi melengkapkan siasatan dan perkara itu akan dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya ketika sidang akhbar program Hari Bersama Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, tular gambar Annuar bersama enam individu lain duduk di dua meja jamuan dan ia dipercayai telah diambil ketika beliau hadir ke Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan di Kebun Komuniti Bandar, Persatuan Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Desa Petaling pada 13 Februari lalu.

Mengulas pertanyaan ramai sama ada Anuar sudah dikenakan kompaun RM1,000 atau tidak, ujar beliau, tindakan kompaun belum lagi dibuat ekoran siasatan masih dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kerana melanggar SOP PKP.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI