fbpx

Tujuh sindiket pelaburan bitcoin diberkas, curi elektrik RM8.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan kabel elektrik yang dirampas dalam kegiatan sindiket pelaburan mata wang digital bitcoin di IPD Seri Alam, Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis Johor melumpuhkan sindiket perlombongan bitcoin yang menjalankan kegiatan mencuri arus elektrik dengan menahan tujuh suspek dalam operasi besar-besaran di tiga daerah di negeri ini pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 1,746 unit mesin melombong bitcoin bernilai RM2.6 juta dirampas di 21 premis dalam operasi bersepadu bersama pasukan Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, kesemua tujuh suspek yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 64 tahun dalam serbuan terbabit.

“Hasil risikan yang dibuat selama sebulan, polis berjaya menumpaskan kegiatan mengubahsuai pendawaian elektronik dengan tujuan mencuri arus elektrik bagi menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin di negeri ini.

“Sindiket yang aktif beroperasi sejak awal tahun lalu ini menjalankan kegiatan mereka di tingkat atas premis rumah kedai bagi mengelakkan di kesan pihak penguatkuasa.

“Setiap seunit mesin melombong bitcoin berkenaan memerlukan satu kuasa kuda (horsepower) seperti digunakan alat penghawa dingin untuk berfungsi selama 24 jam.

“Satu unit mesin bitcoin ini boleh didapati secara atas talian pada harga RM200 hingga RM3,000 mengikut kapasiti yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dekat sini hari ini.

Operasi selama dua hari melakukan serbuan di lima premis di kawasan Johor Bahru Selatan, Seri Alam (8), Tangkak (6) dan Muar (2).

Ayob Khan memberitahu, kegiatan sindiket berkenaan menyebabkan TNB mengalami kerugian mencecah RM8.6 juta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI