fbpx

1,288 warga UiTM sertai E-Sport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejohanan E-Sport dalam Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) Virtual Edition yang berlangsung selama lapan hari bermula 26 Februari depan.

SHAH ALAM – Seramai 1,288 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menyertai kejohanan E-Sport dalam Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) Virtual Edition yang berlangsung selama lapan hari bermula 26 Februari depan.

Unit Media Pusat Sukan UiTM dalam kenyataannya memaklumkan kejohnan julung kali diadakan secara talian itu akan melibatkan 14 kampus UiTM seluruh negara.

Katanya, sebanyak tujuh acara yang akan dipertandingan antara Mobile Mobile Legend, PUBG, Call of Duty, Valorant, FIFA 2021, PES Mobile 2021 dan Moto GP.

“E-Sport merupakan sukan yang mendapat sambutan ramai di kalangan para belia khususnya.

“Penganjuran ini merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan ini khususnya di kalangan warga UiTM,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI