fbpx

Pekerja kilang maut motosikal terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 18. 5 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) hari ini.

KULIM – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di laluan motosikal di Kilometer 18. 5 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 7.50 pagi.

Katanya, anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki, G. Sanker, 46, yang telah meninggal dunia bersama motosikal jenis Honda RS150R di dalam longkang bersebelahan lorong motosikal.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang datang dari arah Butterworth menghala Kulim hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa kemudian tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kaki kanan dan perut,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI