fbpx

Dua lelaki pecah rumah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV dua suspek memecah masuk rumah mangsa di Taman Cahaya, Kota Puteri Masai, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis Johor memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian pecah di Jalan Dedaru, Taman Cahaya, Kota Puteri Masai, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaumi Ishak berkata, kejadian tersebut disedari mangsa ketika pulang ke rumah kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya, warga emas lelaki berusia 68 tahun itu terkejut apabila mendapati keadaan rumah berselerak dan terdapat barang hilang.

“Pada awalnya pengadu tidak tampil membuat laporan polis kerana mengalami kerugian kecil.

“Bagaimana pun, anak pengadu telah memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial sebelum tular dan mendapat perhatian warganet yang lain,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan CCTV telah mendapati suspek terlibat terdiri daripada dua lelaki tidak dikenali.

“Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak polis sebarang kejadian jenayah yang berlaku dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Saddam Mohd. Ibrahim di talian 016-3411001 atau 07-3864222,” ujarnya.

Semalam, tular beberapa rakaman CCTV yang menunjukkan dua lelaki mencecah masuk rumah mangsa kira-kira 4.20 pagi.

Turut dimuat naik beberapa keping tangkap layar dua penjenayah berkenaan ketika berada di luar rumah, memanjat pagar rumah serta menggeladah rumah berkenaan mencari barangan berharga.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI