SINGAPURA – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kemalangan di Tanjong Pagar yang meragut nyawa lima sahabat baru-baru ini menunjukkan detik-detik ia berlaku pada pukul 5.40 pagi Sabtu lalu.
Menerusi rakaman CCTV itu, kereta BMW M4 coupe dipandu Jonathan Long, 29, dilihat terbabas sebelum menghentam deretan rumah kedai di Jalan Tanjong Pagar.
Kira-kira 15 saat selepas kemalangan itu berlaku, kereta berkenaan mula terbakar dengan kesemua mangsa masih berada di dalam kenderaan tersebut.
Beberapa saat kemudian, seorang wanita dipercayai Raybe Oh Siew Huey, 26, dilihat berlari ke arah kereta BMW yang sedang terbakar itu.
Siew Huey yang berasal dari Johor dilaporkan terbakar 80 peratus di badannya dan sedang dirawat di Hospital Besar Singapura, lapor akhbar The Straits Times.
Empat lagi mangsa yang maut ialah Eugene Yap, 29; Elvin Tan Yong Hao, 28; Wilson Teo Qi Xiang, 26, dan Gary Wong Hong Chieh, 29.
– Agensi