fbpx

15 keluarga diarah pindah, tebing Sungai Kelantan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian tebing runtuh di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas baru-baru ini.

PASIR MAS – 15 buah keluarga yang menetap di Jalan Pohon Chelagi di sini diarah untuk mengosongkan rumah mereka selepas tebing Sungai Kelantan di bandar Pasir Mas di sini runtuh pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati runtuhan tebing itu sudah menjangkau hampir 100 meter, namun pengesahan lanjut mengenai perkara itu masih belum dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, runtuhan tebing sungai itu berlaku bermula antara pukul 2.30 hingga 6.30 pagi.

Menurutnya, bagaimanapun polis menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 10.30 malam tadi yang memaklumkan bahawa terdapat kesan retakan tanah di kawasan tersebut.

“Apabila menerima laporan, polis terus bergegas ke lokasi kejadin untuk melakukan pemeriksaan sebelum menutup laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Polis sudah berada di kawasan ini sejak semalam bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas untuk memantau kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, polis bersama anggota bomba turut mengarahkan penduduk setempat untuk berpindah ke rumah saudara-mara mereka yang tinggal berhampiran terlebih dahulu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI