fbpx

KKM berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan di LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Dr. Noriah Hajib memberi penerangan dan kempen kesedaran kepada para penumpang di dalam tren.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) berpuas hati dengan langkah-langkah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang dan Sri Petaling serta pematuhan di kalangan para penumpangnya.

Ketua Operasi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, Harman Hamzah berkata, progam tersebut dijalankan pihaknya selaras dengan saranan kerajaan berserta slogan #kitajagakita.

“Pihak Operasi Laluan Ampang dan Sri Petaling menerima pelawaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Cheras untuk bekerjasama membuat sesi kesedaran dan pemeriksaan terhadap penumpang-penumpang di sekitar daerah Cheras dan juga di dalam tren.

“Pihak KKM berpuas hati kerana rata-rata para penumpang amat responsif terhadap penerangan yang diberikan oleh Dr Noriah dan pasukannya di samping patuh dengan keperluan pemakaian pelitup muka dengan kemas dan melaksanakan secara kendiri penjarakan sosial semasa berada di dalam tren,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan Kawasan Cheras, Datin Dr. Noriah Hajib berkata, seramai 15 anggota turut mengadakan sesi penerangan dan kempen kesedaran kepada para penumpang ketika tinjauan pematuhan SOP di dalam tren dan di stesen Cheras, Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan semalam.

Katanya, usaha dan kerjasama ini menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat lain khususnya operator pengangkutan awam bagi menyuntik kesedaran di kalangan para penumpang dan orang awam betapa usaha menghentikan penularan ini perlu hadir dari semua pihak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI