fbpx

Bekalan keperluan harian cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) melekatkan Jalur Gemilang pada salah satu kenderaan Majlis Daerah Hulu Terengganu sempena program Semarak Merdeka@Komuniti peringkat daerah di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Kerajaan memberi jaminan stok bekalan perubatan dan keperluan harian mencukupi biar pun sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) akan dikuatkuasakan semula pada masa terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kerajaan sudah memiliki pengalaman berharga mengawal kelangsungan bekalan barangan terbabit di pasaran sewaktu pelaksanaan PKP fasa awal pada 18 Mac lalu.

“Penguatkuasaan PKP sebelum ini banyak mengajar kita untuk menangani isu pandemik Covid-19. Sekiranya (PKP) dikuatkuasakan semula, perkara-perkara berkaitan sudah sedia ada dalam Prosedur Operasi Standard.

“Kita jamin barangan berkaitan mencukupi, bagaimanapun diharapkan perkara ini (penguatkuasaan PKP) tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persiapan kerajaan sekiranya PKP dikuatkuasa semula ekoran peningkatan semula kes harian Covid-19 termasuk pengisytiharan Kuching, Sarawak sebagai Zon Merah kelmarin.

Terdahulu Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu merasmikan program Semarak Merdeka@Komuniti peringkat daerah di Pasar Besar Kuala Berang di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI