fbpx

Harga Bitcoin lebih AS$50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Mata wang kripto Bitcoin melepasi paras AS$50,000 (RM201,500) buat kali pertama hari ini manakala ekuiti Eropah ditutup lega selepas melonjak pada hari sebelumnya berikutan sentimen positif pelabur terhadap pelan rangsangan ekonomi  Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Bitcoin melepasi paras AS$50,000 dalam dagangan tengah hari di Eropah untuk diniagakan pada harga AS$50,547.70 (RM203,707) seunit. Harga mata wang kripto itu melonjak 75 peratus sejak permulaan tahun ini.

Sementara itu, harga minyak ditutup pada paras paling tinggi sejak 13 bulan lalu berikutan masalah cuaca sejuk di Texas. Minyak mentah Brent North Sea diniagakan pada harga AS$63.17 (RM254.58) setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate didagangkan pada AS$59.83 (RM241.11) setong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI