fbpx

Minum urin konon untuk rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai mesej berantai rawatan palsu Covid-19 tular menerusi aplikasi WhatsApp di Britain. – Alamy

LONDON – Sebuah keluarga di Britain tergamak minum air kencing sendiri kerana percayakan mesej berantai yang mereka terima menerusi aplikasi Whatsapp mendakwa bahawa urin dapat merawat penyakit Covid-19.

Menurut akhbar The Sun kelmarin, seorang ibu dan anak-anaknya telah mengamalkan minum urin itu selama empat hari berturut-turut akibat taksub pada berita palsu itu.

Wanita berkenaan yang dirahsiakan identitinya memberitahu, dia mempercayai kesahihan mesej tersebut kerana dihantar oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekatnya.

Dia juga memberitahu pegawai penyiasat dari Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat bahawa beberapa rakaman video yang diterimanya menceritakan tentang keberkesanan amalan minum air kencing setiap pagi sebagai ubat untuk menyembuhkan Covid-19.

Tambahnya, mesej daripada rakan-rakan adalah sumber maklumat utamanya mengenai wabak Covid-19.

“Saya percaya kepada kuasa penyembuhan rawatan tradisional dan enggan mengambil suntikan vaksin kerana lebih berbahaya kepada keluarga saya,” dakwa wanita tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat, Olivia Clymer berkata, pihaknya baru mendapat maklumat tentang penyebaran mesej rawatan Co­vid-19 palsu yang tersebar melalui WhatsApp.

“Situasi ini bertambah serius kerana orang ramai kurang percaya pada saluran maklumat rasmi kerajaan. Ini menimbulkan masalah,” katanya.

Pada minggu lalu, doktor-doktor di Britain memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meniru kaedah rawatan palsu Covid-19 dengan menyedut wap yang juga disebarkan melalui WhatsApp. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI