fbpx

Ular kapak tokong bunuh ayam ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Lipis berjaya menangkap seekor ular kapak tokong di Sg. Kerpan di Lipis hari ini.

LIPIS – Seekor ular kapak tokong yang beberapa hari berada di sebatang pokok dan mengganggu ternakan di sebuah reban ayam di Sungai Kerpan 3 di sini berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini.

Pegawai APM Lipis, Mohd. Azhar Yusof berkata, ular kapak tokong seberat 1.5 kilogram itu berjaya ditangkap kira-kira pukul 4.58 petang oleh anggota APM Lipis.

“Pengadu memaklumkan bahawa ular tersebut sudah beberapa hari berada di dahan pokok dan mengganggu ternakan sehingga seekor ayam mati dengan kesan patukan ular dan beberapa biji telur telah dipecahkan ular berkenaan.

“Pihak APM yang tiba mendapati seekor ular berada di dahan pokok dan mengambil masa selama lapan minit untuk menangkap ular berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan melibatkan anggota APM dilaporkan dalam operasi itu dan ular berkenaan kemudiannya dilepaskan ke kawasan tidak berpenghuni. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI