fbpx

Yamaha terus kekal bersaing di MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAHA mengharapkan gandingan Quartararo (kiri) dan Vinales untuk memberikan kejayaan yang telah lama mereka idamkan selepas kali terakhir meraihnya pada 2015. – TWITTER MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP

PARIS – Pasukan Monster Energy Yamaha memper­kenalkan jentera baharu mereka kelmarin sambil mengumumkan kekal bersaing dalam kancah perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi tempoh lima tahun lagi sehingga musim 2026.

Yamaha yang memulakan kempen perlumbaan Grand Prix pada tahun 1961 telah merekodkan 511 kemenangan Grand Prix, 38 gelaran dunia pelumba dan 37 gelaran dunia pengeluar.

Tahun ini, pasukan pengeluar motosikal gergasi dari Jepun itu akan menyambut ulang tahun ke-60 mereka dalam Kejuara­an MotoGP bersama pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo dari Perancis yang akan mengibarkan cabaran mereka.

Quartararo bakal memulakan debut pertamanya bersama pasukan pengeluar selepas mengambil alih tempat juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi yang menyertai pasukan satelit, Petronas SRT.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Carelo Ezpeleta dan Dorna serta semua kakita­ngan Yamaha yang membantu pasukan ini sehingga berada pada tahap seperti ini.

“Kami sangat bangga dan gembira kerana melanjutkan kontrak bagi tempoh lima tahun lagi. Yamaha mula bersaing dalam perlumbaan Grand Prix pada tahun 1961. 60 puluh tahun kemudian, minat Yamaha untuk berlumba dan menghadapi cabaran tetap tidak berubah dan masih sama.

“MotoGP membentuk sebahagian besar DNA Yamaha. Teknologi yang canggih dalam perlumbaan ini akan terus berada dalam jentera Yamaha di luar sana kerana kami masih di sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha, Toyoshi Nishida dalam satu kenyataan.

Yamaha kini dilihat masih be­kerja keras dalam misi pemburuan gelaran juara dunia selepas kali terakhir mereka berjaya memperoleh kemenangan pada 2015 menerusi Jorge Lorenzo sebelum gagal menandingi kehebatan pa­sukan seteru, Honda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI