fbpx

Kanak-kanak nakal berlari atas jambatan undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak berlari di atas jambatan besi keretapi terbiar di Kampung Pinang Tunggal, Kedah.

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – “Banyak kali dah kami larang tetapi kanak-kanak itu buat tak endah, malah makin kerap pula mereka bermain di atas jambatan besi keretapi terbiar sejak kebelakangan ini”

Demikian keluhan penduduk Kampung Pinang Tunggal di sini ketika diminta mengulas rakaman video  memaparkan tiga kanak-kanak berlari di atas jambatan yang merentasi Sungai Muda tersebut.

Video berdurasi sembilan saat yang tular sejak beberapa hari lalu itu dirakamkan pengguna Jalan Pinang Tunggal di sini yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak terbabit.

Seorang penduduk, Ghazali Saad, 68, berkata, kanak-kanak nakal itu dipercayai dari kawasan kampung berhampiran.

“Mereka biasanya datang berkumpulan sebelum bermain dengan memanjat serta berlari di atas jambatan tanpa memikirkan akan jatuh ke dalam Sungai Muda atau terkena palang serta kerangka besi.

“Sudah puas kami larang tetapi mereka biasanya akan datang semula dan bermain terutama pada hari cuti,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk kampung, Rafiah Mat Delin, 51, yang membuka kedai runcit berdekatan jambatan besi terbiar itu berharap agar kawasan jambatan berkenaan ditutup atau dirobohkan bagi mengelakkan kanak-kanak itu terus bermain di situ.

“Kita bimbang kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai kerana ia pasti mengancam nyawa mereka,” katanya.

Tinjauan mendapati tiada pagar dibina dan tanda amaran keselamatan diletakkan bagi menghalang
pencerobohan terhadap jambatan besi sepanjang hampir 200 meter itu selama ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI