fbpx

Kedai jual kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP menyita gegantung dan produk kambing perap di Kuala Krai yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jakim.

TANAH MERAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengesan sebuah premis di sini menjual daging kambing perap yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Krai, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, susulan daripada itu, tiga pegawai KPDNHEP cawangan telah menjalankan operasi di premis itu bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) selepas menerima maklumat daripada orang awam yang meragui penggunaan logo halal.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan logo halal yang tidak diperakui Jakim pada bungkusan daging kambing perap produk keluaran mereka.

“Semua produk makanan, plastik pembungkusan dan gegantung mengenai produk itu mempunyai logo halal Jakim itu yang bernilai RM1,015 telah disita.

“Tindakan itu diambil selepas mendapati premis itu melakukan kesalahan mengikut Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Azizi, pemilik premis itu boleh didenda tidak melebihi RM100,00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua denda RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI