fbpx

10 keluarga terima bantuan komputer riba untuk PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Abd. Rahman bersama keluarga yang menerima bantuan komputer riba di Kampung Pauh, Yan hari ini.

YAN – Sebanyak 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini menerima sumbangan komputer riba untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail berkata, penerima bantuan itu terdiri daripada keluarga yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 selain berpendapatan kurang RM1,000.

“Ada sebahagian daripada mereka ini hanya mempunyai pendapatan kurang RM500 sebulan dan tidak mempunyai wang untuk menyediakan gajet kepada anak-anak untuk menjalani PdPR,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pengajian Tinggi Kedah berkata demikian selepas menyampaikan bantuan komputer riba kepada 10 keluarga di daerah ini hari ini.

Kata Ku Abd. Rahman, setiap keluarga tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak yang bersekolah.

“Kita harap komputer riba ini akan melancarkan lagi sesi PdPR yang mana sebelum ini pelajar terpaksa berkongsi satu telefon bimbit milik ibu atau bapa untuk belajar secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, ibu tunggal Salina Mohamed, 43, berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya kini mempunyai gajet yang sesuai untuk melakukan PdPR.

“Jika sebelum ini mereka terpaksa berkongsi telefon bimbit saya yang kecil untuk belajar secara dalam talian,” katanya yang bekerja sebagai tukang cuci ganti di sekolah-sekolah berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI