fbpx

Warga emas ditemui lemas di bawah jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas berusia 79 tahun ditemui lemas di bawah jeti di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emereld Bay, Puteri Harbour, di sini semalam ditemui mati lemas, tengah malam tadi.

Komander Operasi, Shamsul Komari Bakar berkata, mangsa ditemui terapung di bawah jeti kapal bersauh tidak jauh daripada lokasi dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Rahman Abdul Majid, 79, dilaporkan hilang pada pukul 5 petang, semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mangsa kemudiannya ditemui terapung pada pukul 12.09 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shamsul, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 12.45 tengah malam tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI