fbpx

Auba kembali ingat cara jaringkan gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (kanan) kembali menemui sentuhan selepas meledak hatrik ketika membantu Arsenal menewaskan Leeds 4-2 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penye­rang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang kembali menemui sentuhan apabila meledak hatrik ketika membantu pasukannya menang 4-2 ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Lebih manis, jaringan itu juga menandakan pemain antarabangsa Gabon tersebut sudah meledak 200 gol sepanjang ber­aksi dalam saingan liga-liga terbaik di Eropah.

Aubameyang mengakui sa­ngat gembira apabila kembali menemui sentuhan penyudah selepas hanya menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan ter­akhir liga.

“Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan hatrik pada perlawanan ini. Anak-anak saya juga tentu gembira kerana saya dapat membawa pulang bola perlawanan.

“Satu perlawanan yang sa­ngat sukar menentang pasukan seperti Leeds dan kami semua sedar dengan kemungkinan itu. Bagaimanapun, kami berjaya hadapi mereka dengan baik.

“Saya seorang yang sentiasa bekerja keras, mahu memberikan yang terbaik kepada pasukan. Saya melalui tempoh yang sukar tetapi sekarang saya mungkin sudah boleh tersenyum,” kata Aubameyang.

Sementara itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui sangat gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya, terutamanya ketika separuh masa kedua.

“Pada waktu rehat, saya beri­tahu semua pemain jangan kendurkan asakan kerana Leeds mampu mengubah keputusan sekiranya kami leka. Mereka jalankan tanggungjawab dengan baik,” ujar pengendali dari Sepanyol itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI