fbpx

Kudrat Mek Som urus anak lumpuh, cucu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rizal (kanan) yang lumpuh separuh badan bersama ibunya, Mek Som ketika ditemui di Kampung Atas Banggol, Wakaf Bharu semalam.

TUMPAT – “Setiap kali memikirkan keperitan yang terpaksa ditanggung ibu, hati saya sedih dan hancur”.

Itu luahan Mohamad Rizal Awang, 48, apabila mengenangkan kesusahan yang terpaksa ditanggung ibunya, Mek Som Latif, 76, ekoran dirinya lumpuh, dua tahun lalu.

Menurut Mohamad Rizal, sebelum ini, dia yang bekerja sebagai buruh di kilang kayu di Tanah Merah menjadi tonggak utama dalam menyara kehidupan mereka dua beranak serta anak saudaranya, Muhammad Akrami Zhuairey Mohamad Borhan, 11.

Bagaimanapun, semua itu berubah sekelip mata apabila dia lumpuh separuh badan selepas rebah secara tiba-tiba ketika sedang bekerja.

“Hati saya luluh, sedih setiap kali memikirkan kesusahan yang terpaksa ditanggung ibu.

“Ibu bukan sahaja menjaga saya, malah anak saudara (Muhanmad Akrami Zhuairey) yang menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik.

“Walaupun di mamah usia, ibu tetap tenang dan tidak merungut susah dalam menguruskan kami berdua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Banggol, Wakaf Bharu di sini semalam.

Terdahulu, Mohamad Rizal dan Mek Som menerima kunjungan Ketua Balai Polis Wakaf Bharu, Sarjan Major Abd. Halim Shafai dan wakil Persatuan Keluarga Polis (Perkep) sempena Program Ziarah Prihatin.

Mereka tampil menghulurkan bantuan barang keperluan dan sumbangan kewangan untuk ke­gunaan keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Rizal memberitahu, dia dan ibunya mendapat bantuan bulanan masing-masing sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang digunakan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Sementara itu, Mek Som berkata, dia akan terus menjaga anak dan cucunya itu sehingga nafas terakhir walaupun kehidupan mereka serba kekurangan.

Ujarnya, biarpun dihimpit ke­susahan, namun itu bukan tiket kepadanya untuk terus mengalah dalam meneruskan kehidupan.

“Hampir setiap bulan saya perlu membawa cucu, Muhanmad Akrami Zhuairey ke hospital. Itu tidak menjadi halangan untuk saya melihat dia kembali pulih.

“Bantuan bulanan yang saya terima daripada JKM cukup untuk membayar bil elektrik dan kos pengurusan rawatan cucu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Mek Som Latif 03018-41-00012469-3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI