fbpx

Priyanka Chopra imbau saat dilamar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

PELAKON Priyanka Chopra mengakui tidak menyangka menerima lamaran daripada suaminya iaitu penyanyi Hollywood, Nick Jonas hanya selepas dua bulan berkenalan.

Menurut laporan Hollywoodlife, bekas ratu cantik dunia tahun 2000 itu mendedahkan, mereka kerap berhubung antara satu sama lain dan akan sesekali bertemu sepanjang dua tahun berkenalan.

“Saya tidak sangka akan dilamar ketika itu kerana kami baru sahaja dua bulan bercinta. Selepas dilamar, saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya.

“Saya akui bahawa pada ketika itu, saya sudah pun terfikir untuk beralih ke fasa yang lebih serius (berkahwin),” ujar Priyanka.

Ujar Priyanka, ada sesuatu yang menarik perhatiannya terhadap Jonas iaitu sikap lelaki itu yang tekad mendapatkan apa yang diinginkan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Julai 2018 dan berkahwin pada 1 Disember tahun yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI