fbpx

Lelaki bimbang terpikat adik-beradik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
zave (bawah, kiri) bercakap dengan adik-beradiknya di media sosial. – THE SUN

SALEM, Oregon – Seorang lelaki di Amerika Syarikat fobia mencari pasangan melalui media sosial ekoran bapanya dkatakan mempu­nyai sehingga 50 orang anak hasil daripada perbuatan mendermakan sperma, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bapa Zave Fors, 24, dari kota raya Portland, dalam negeri Ore­gon dikatakan telah mendermakan spermanya sebanyak 500 kali.

Zave berkata, dia mendapat tahu mengenai ‘kegiatan’ ayah­nya menerusi laman web Ancestry.com yang mendedahkan bahawa pendermaan sperma tersebut dilakukan beratus-ratus kali dalam tempoh 10 tahun.

“Tidak mengetahui bilangan sebenar adik-beradik membuatkan saya sukar mencari pasa­ngan.

“Apabila saya menggunakan laman perkenalan Tinder, saya tidak tahu sama ada individu ditemui adalah adik-beradik saya atau sebaliknya,” kata pemuda tersebut.

Zave sebelum ini berjaya mengesan lapan adik-beradik termasuk abangnya, Daron McClennan-Colon menggunakan media sosial.

Daron dilahirkan oleh pene­rima sperma bapanya dan tinggal hanya beberapa kilometer sahaja dari rumah Zave..

Mereka pernah pergi ke sekolah yang sama, malah mempunyai memori antara satu sama lain.

“Adik-beradik yang lain pun mempunyai pengalaman serupa. Dua daripada mereka tinggal di kawasan kejiranan sama,” kata­nya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI