fbpx

Polis Bali buru penjenayah dikehendaki Interpol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Kovalenko. - AFP

DENPASAR, Bali – Polis Indonesia memburu seorang orang buruan warga Rusia selepas dia melarikan diri semasa dalam tahanan ketika menunggu untuk diusir dari pulau peranginan Bali, kata pihak berkuasa hari ini.

Lelaki tersebut, Andrey Kovalenko dikehendaki polis antarabangsa Interpol.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang disiarkan pihak berkuasa menunjukkan Kovalenko menyusup keluar dari pejabat imigresen di pusat tahanan Denpasar Khamis lalu ketika anggota-anggota imigresen sibuk menyiapkan dokumen perpindahannya.

Polis berkata, Kovalenko dikehendaki oleh Interpol tetapi enggan memperincikan kesalahannya di luar negara.

“Kami masih menyiasat kes ini dan kami telah mengerahkan semua sumber kami untuk mencarinya,” kata ketua polis hal ehwal jenayah awam Bali, Djuhandani Rahardjo Puro dalam satu sidang akhbar hari ini.

Warga Rusia berumur 32 tahun itu ditangkap di sebuah kafe di Kuta pada 2019 kerana menjual dadah kepada pelancong lain. Dia dihukum penjara 18 bulan dan dibebaskan pada 3 Februari lalu.

Ketika keluar dari penjara Kerobokan, dia diserahkan kepada pegawai imigresen sementara menunggu untuk diusir.

Polis berkata, Kovalenko melepaskan diri selepas dia menerima kunjungan daripada rakannya yang merupakan seorang wanita Rusia dikenali sebagai Ekaterina Trubkina yang kini juga diburu kerana membantu Kovalenko. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI