fbpx

Tiga jam tahan azab lapan jari tersangkut cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jari mangsa yang bengkak teruk akibat cincin dipakainya. Foto IHSAN BOMBA
Bomba sedang memotong cincin yang tersekat pada jari mangsa. Foto IHSAN BOMBA.

 

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG- Seorang lelaki dipercayai gelendangan terpaksa menahan azab lebih tiga jam apabila cincin yang dipakainya pada lapan jari tersangkut sebelum diselamatkan bomba awal pagi tadi.

Tempoh itu digunakan bomba untuk mengeluarkan semua cincin Mangsa, S. Limgam, 41, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada hospital itu pukul 3.56 pagi.

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Setibanya di lokasi, lapan jari tangan kanan dan kiri mangsa didapati bengkak teruk akibat cincin yang dipakainya ,” katanya kepada Kosmo!.

Kata beliau, anggota bomba berjaya memotong lapan bentuk cincin itu menggunakan peralatan khas dalam tempoh lebih tiga jam.

“Lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hafisham menegaskan jari mangsa membengkak  dipercayai akibat aliran darah tersekat dan merencatkan pertumbuhan.

“Kita juga percaya lelaki itu gelandangan dan dibawa orang awam ke HTAR untuk rawatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI