fbpx

Pemohon bantuan PERMAI 2021 tidak perlu lalui saringan kelayakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran yang sebelum ini menerima bantuan PRIHATIN 2020 tidak perlu melalui saringan kriteria kelayakan bagi mendapatkan bantuan PERMAI 2021.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ketetapan itu dibuat bagi mempercepatkan proses bayaran one-off RM500 menerusi PERMAI 2021 kepada kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran itu dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan PERMAI 2021.

Menurutnya, bantuan tunai PERMAI itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

“Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.

“Bagi pemandu bas persiaran pula, mereka yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini juga tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI