fbpx

Waspada layari laman cari teman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau dan menyiasat satu aplikasi yang didakwa semakin banyak disertai wanita di negara ini terutamanya penuntut universiti, yang menawarkan diri sebagai ‘Sugar Baby’ di laman aplikasi tersebut.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pengguna dan pemilik platform itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan kes akan disiasat PDRM di bawah Kanun Keseksaan jika terdapat unsur kegiatan pelacuran.

“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran aplikasi itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa,” katanya di sini hari ini.

MCMC berkata, pengguna harus sedar bahawa mereka akan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

“Risiko scam percintaan akan bertambah dan mangsa terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual,” katanya.

Sehubungan itu, MCMC berkata, pengguna aplikasi internet dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali contohnya di laman pencarian teman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI