fbpx

Doktor nikahi perempuan murahan? Ini komen balas Alicia Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alicia dan Farzan selamat bernikah semalam.

PETALING JAYA – Mengutuk dan meninggalkan komen berbaur penghinaan melampau seperti sudah menjadi kebiasaan buat pengguna media sosial.

Itu yang berlaku kepada pelakon dan model sensasi, Alicia Amin yang selamat bergelar isteri kepada seorang doktor kacak bernama Farzan semalam.

Tidak tahan disindir sebagai perempuan murahan, Alicia atau nama lengkapnya, Raja Alicia Raja Amin, 26, berkongsi tangkap layar keceluparan mulut seorang netizen yang kurang senang dengan pernikahannya.

A doctor marrying a hoe. Wow what times do we live in. (Seorang doktor berkahwin dengan seorang perempuan murahan. Wow, waktu apa kita sedang jalani sekarang),” tulis seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan bekas peserta program realiti, Asia’s Next Top Model musim kelima itu.

Alicia turut membalas sindiran netizen dengan ciapan sinikal berbunyi: “Good times, bro. Good times (waktu yang bagus, bang. Waktu yang bagus).”

 

Tangkap layar yang dilemparkan kepada Alicia oleh seorang netizen menerusi Twitter miliknya.

Semalam, Alicia Amin membuat kejutan apabila selamat bergelar isteri kepada seorang doktor yang dikenali dengan nama Farzan dalam satu majlis ringkas di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Hard Valentines gift to top @zan_far (hadiah hari kekasih buat @zan_far),” kongsi Alicia.

Dalam perkongsian tersebut, turut dikongsikan sekeping gambar istimewa dahinya dikucup oleh suami yang lengkap berbusana pengantin berona putih krim itu.

Sebelum ini, model berusia 26 itu cukup dikenali sebagai dengan gaya hidupnya yang serba moden bahkan turut bertatu di beberapa bahagian badannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI