fbpx

Wanita warga emas dipukul gara-gara parkir motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas dipukul dengan topi keledar oleh lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah premis perniagaan di Sitiawan semalam.

LUMUT – Seorang wanita warga emas cedera di muka selepas dibelasah dengan topi keledar disyaki gara-gara berebut tempat meletak motosikal di hadapan sebuah premis perniagaan di Sitiawan dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Fauziah Ajid, 61, mengalami bengkak dan lebam di pipi kiri serta mulut akibat dipukul menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki tidak dikenalinya.

Menurut Fauziah, sebelum itu dia bersama seorang rakan menaiki sebuah motosikal untuk pergi ke sebuah kedai yang menjual barangan pada harga murah.

Katanya, sebaik tiba di parkir motosikal dia berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang mengundur dan motosikal yang ditunggang lelaki tersebut turut berhenti di belakangnya.

Tiba-tiba lelaki itu menolak motosikal Fauziah dan hanya mendiamkan diri apabila ditegur sebelum suspek turun dari motosikalnya dan menggunakan topi keledarnya bagi memukul muka kiri mangsa.

“Saya ni ada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis dan masalah hati, jadi bila dipukul macam tu terus jantung berdegup laju.

“Saya rasa pening, mengigil dan seperti mahu tumbang tetapi gagahkan diri untuk mencari lelaki itu yang sudah masuk ke dalam kedai,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Fauziah, sebaik bertemu lelaki itu, dia bertanya sekali lagi kenapa memukulnya secara tiba-tiba tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Bagaimanapun, katanya, apabila berjumpa semula di luar kedai itu, lelaki tersebut mengugutnya dengan kata-kata ‘aku akan cari kau’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI