fbpx

Kecewa 3,800 ikan ‘i-Sinar’ mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAZAM (kiri) dan Fazrul (kanan) melihat sebahagian daripada 3,800 ikan tilapia yang mati di Kampung Pondoi, Tampin semalam.

TAMPIN – Malang menimpa tiga sekawan Kampung Pondoi, di sini apabila wang i-Sinar berjumlah RM8,000 yang mereka laburkan untuk membela ikan tilapia le­bur selepas hidupan air tawar itu mati disyaki akibat penggunaan air sungai yang tercemar.

Mohd. Fazrul Mohd. Saad, 47, berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka hendak menuai hasil pertama yang berbaki lagi 10 hari.

Katanya, setakat semalam, sebanyak 3,800 ekor ikan mati sedikit demi sedikit sejak Isnin lalu.

“Dua daripada kami menggunakan duit i-Sinar sebagai mo­dal untuk membuat kolam dan membeli 4,800 benih ikan. Kami antara pekerja swasta yang terjejas akibat Covid-19.

“Benih ikan dimasukkan pada Disember tahun lalu secara berperingkat mengikut modal. Lagi 10 hari, ia dijangka membuahkan hasil sekurang-kurangnya 2.5 tan atau bernilai RM25,000,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, tambahnya, ikan itu mulai mati sedikit demi sedikit dipercayai akibat pencemaran sungai berdekatan yang mereka gunakan sebagai sumber air untuk kolam ternakan.

Menurut jurugambar majlis perkahwinan itu, mereka telah banyak mengeluarkan modal bagi mengusahakan tanah milik penduduk kampung yang terbiar sebagai usaha mencari rezeki semasa Covid-19.

“Selain selenggara kolam, modal banyak digunakan bagi membeli makanan ikan seperti palet dan azola serta makanan tambahan bagi mempercepatkan pembesaran ikan,” katanya.

Ujar Mohd. Fazrul, walaupun telah rugi RM8,000, mereka tidak akan berputus asa dan meminta pihak berkuasa menyiasat punca sebenar kematian ikan itu supaya mereka dapat mengambil tindakan pencegahan.

Seorang lagi pengusaha, Muhazam Mohamad, 48, berkata, dia terkejut dengan kejadian itu, namun berharap ada jalan penyelesaian agar kejadian sama tidak berulang.

“Buat masa ini, kerja-kerja membersihkan kolam sedang dilakukan dengan keseluruhan air kolam perlu dikeluarkan terlebih dahulu,” kata guru itu.

Tambahnya, kakitangan Jabatan Perikanan telah mengambil sampel air kolam bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI