fbpx

Pasangan obses bayi mahu 100 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christina bersama 11 orang anaknya di kediaman mereka di Batumi, Georgia. - batumi_mama/ Newsflash

BATUMI, Georgia – Sepasang suami isteri jutawan, Galip Ozturk, 56, dan Christina, 23, menyimpan impian besar untuk memiliki sekurang-kurangnya 100 anak dalam keluarga mereka.

Menurut Christina, mereka sudah memiliki 11 anak dan akan menggunakan khidmat ibu tumpang bagi menambah koleksi cahaya mata, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.

“Ketika ini, saya mempunyai 10 anak dengan yang bongsu bernama Olivia, dilahirkan hujung bulan lalu.

“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.

Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.

Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.

Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka.

Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.

Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.

Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI