fbpx

Leicester tak minat alasan pemain cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADDISON berjaya meledak gol pembukaan Leicester ketika mereka bangkit untuk menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi kelmarin. – AFP

LEICESTER – Pemain tengah Leicester City, James Maddison percaya kecederaan tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh Liverpool yang tewas 1-3 pada perlawanan yang menyaksikan pemain itu membuka tirai ja­ringan buat pasukannya kelmarin.

Menurutnya, krisis kecede­raan yang dialami oleh Liverpool turut dilalui oleh pasukan lain termasuk Leicester yang kehilangan James Justin, Timothy Castagne dan Wesley Fofana tetapi kehilangan mereka berjaya diuruskan dengan baik menerusi taktikal yang mantap.

“Kami juga berdepan masalah kecederaan para pemain utama. Namun, orang tidak bercakap mengenainya kerana kami bukanlah pasukan dalam kelompok enam terbaik.

“Bagaimanapun, kami berjaya menggunakan pemain yang ada dengan baik. Menyusun strategi dan taktikal yang sempurna supaya pasukan te­rus menjadi mantap. Kami berjaya berada di kedudukan yang baik dan ia bukan kebetulan.

“Kami memiliki skuad yang berkualiti. Kami sentiasa be­kerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik terutama menentang pasukan besar seperti Liverpool. Kami bukan berada pada tahap terbaik tetapi kami sedang melalui momen yang cukup sempurna.

“Leicester kini berada dalam kelompok pasukan teratas. Secara tidak langsung kami perlu berusaha untuk mencari peluang menewaskan pasukan besar dan anda dapat lihat bagaimana dalam tempoh 12 minit terakhir kami melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus Leicester, Brendan Rodgers memuji kematangan yang dipamer oleh para pemainnya yang kekal tenang ketika ketinggalan dan tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan.

Kemenangan itu menyaksikan Leicester berjaya menebus kekalahan pada aksi pusingan pertama saingan apabila tewas 0-3 kepada Liverpool di Anfield pada 22 November tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI