fbpx

Aespa dilantik duta jenama mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Aespa.

BIARPUN baru setahun jagung bergelar artis K-pop, namun kumpulan popular Aespa cukup bertuah apabila dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama mewah dari Perancis, Givenchy.

Agensi SM Entertainment baru-baru ini mengumumkan kumpulan yang dianggotai empat ahli itu dilantik menjadi duta Givenchy bagi tahun 2021 dan akan menjadi wajah koleksi jenama tersebut.

Pencapaian mereka sekali gus menyaksikan Aespa sebagai artis K-pop pertama yang dilantik menjadi wajah kepada jenama terkenal berkenaan.

Pengarah Kreatif Givenchy, Matthew M. Williams dalam satu kenyataan berkata, Aespa dipilih sebagai duta mereka kerana personaliti unik yang ada pada setiap anggota kumpulan itu

“Ketika kali pertama melihat Aespa, saya dapat rasakan aura yang ada pada mereka sebagai sebuah kumpulan dan juga individu.

“Karina, Giselle, Winter dan Ningning mempunyai keunikan dan stail menarik yang sangat sepadan dengan Givenchy. Mereka juga ada identiti fesyen tersendiri,” katanya.

Teruja dengan pelantikan berkenaan, Aespa berjanji kepada peminat untuk bekerja keras demi menonjolkan keistimewaan mereka pada mata dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI