fbpx

Vaksin Covid-19 bukan agenda iluminati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh sains bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order.

Beliau berkata, masyarakat mesti yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi tular dalam group WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu.

Menurutnya, vaksin Covid-19 tidak akan mengubah asid deoksiribonukleik (DNA)  penerima dan tidak mengandungi microcip untuk mengambil alih pemikiran manusia.

“Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa vaksin yang diperoleh Malaysia adalah selamat dan berkesan. Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka.

“Ia telah diuji kepada puluhan ribu penerima sebelum diluluskan dan jutaan manusia di seluruh dunia sudah mula menerima suntikan mereka,” katanya menerusi laman web www.khairykj.com hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, keyakinan terhadap sains dan keberkesanan vaksin Covid-19 akan membolehkan lebih ramai orang menerima suntikan mereka.

“Apabila ramai menerima suntikan vaksin ini, bilangan jangkitan akan mula menurun sekali gus mengurangkan bilangan kematian dan pesakit yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi,” katanya.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, penurunan jangkitan Covid-19 akan membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dijalankan tanpa sekatan yang terlalu ketat.

“Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI