fbpx

CUEPACS minta kerajaan benarkan GCR ditebus awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan menyegerakan pelaksanaan penebusan awal Ganti Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pindaan ke atas peraturan yang berkaitan dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 perlu disegerakan bagi membolehkan pelaksanaan itu dilakukan.

Menurut beliau, sebagaimana pemberian pengeluaran i-Sinar kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat, penjawat awam juga memerlukan wang untuk menampung kehidupan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sebagaimana rakyat lain yang terkesan akibat pandemik Covid-19, penjawat awam juga tidak terlepas daripada merasai perkara itu walaupun gaji mereka tidak terjejas.

“Ini kerana kebanyakan pasangan penjawat awam daripada pekerja sektor peniaga kecil-kecilan yang mungkin telah dibuang kerja dan terjejas pendapatan akibat tidak lagi boleh berniaga.

“Kos belanja sara hidup yang selama ini dikongsi secara bersama terpaksa dipikul sendiri oleh penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dewan Rakyat pada 14 Julai tahun lalu diberitahu kerajaan mengkaji semula cadangan penebusan GCR selama 75 hari kepada wang tunai bagi penjawat yang berkhidmat selama 15 tahun kerana perlaksanaan pembayaran penebusan awal GCR ketika dalam perkhidmatan tidak menguntungkan kakitangan awam.

Adnan berkata, kebanyakan penjawat awam yang layak menebus GCR telah berkhidmat lebih 15 tahun menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi.

Menurut beliau, fasa itu merupakan perbelanjaan lebih besar apabila ada anak-anak yang mahu melanjutkan pengajian ke kolej atau universiti.

Justeru, kata beliau, soal memberi keuntungan atau kerugian kepada penjawat awam jika GCR ditebus awal perkara kedua kerana perkara pertama berkaitan survival hidup berbanding selepas usia persaraan.

“Janganlah dilihat penjawat awam dalam konteks individu tetapi lihatlah dalam konteks isi rumah yang turut terkesan dengan pandemik,”. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI