fbpx

Daftar SKSPS dengan Perkeso secara pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pekerja penghantaran makanan dan barangan yang mendaftar SKSPS secara pandu lalu di Wisma Perkeso Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu mengambil inisiatif melakukan pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) secara pandu laju.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, program pendaftaran SKSPS tersebut disasarkan khusus kepada pekerja penghantaran makanan dan barangan bermotosikal, berbasikal dan berjalan kaki.

Beliau berkata, inisiatif melakukan program secara pandu lalu itu bertujuan untukm memudahkan golongan tersebut mendaftar dengan SKSPS.

“Ia bukan sahaja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu malah pantas iaitu kurang dua minit bagi setiap pencarum.

“Caruman SKSPS tersebut percuma kepada tiga kategori pekerja penghantaran makanan dan barangan berkenaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas memantau perjalanan program itu di Wisma Perkeso Terengganu di sini hari ini.

Farihah berkata, caruman SKSPS melindungi pencarum terlibat selama dua tahun dengan menawarkan pelbagai faedah seperti faedah perubatan, hilang upaya sementara, orang tanggungan, pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional.

Jelas beliau, pihaknya menyasar 3,000 pekerja sendiri di negeri tersebut mencarum dengan SKSPS dengan 500 daripada terdiri dalam kalangan pekerja penghantaran makanan dan barangan pada tahun ini.

“Sambutan yang diterima pada program pendaftaran secara pandu lalu ini amat memberangsangkan dengan hampir 400 pekerja penghantaran makanan dan barangan telah mendaftar setakat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI