fbpx

‘Belum bertemu lelaki yang serius’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN SYAFENAEZ mengakui masih belum menemui lelaki sesuai untuk dijadikan suami.

Setiap insan bergelar wanita pastinya mempunyai impian mendirikan mahligai bersama lelaki pilihan masing-masing.
Tidak terkecuali, pramugari muda Intan Syafenaez Abdul Wahid yang mengimpikan kebahagiaan melayari rumah tangga bersama insan tersayang.
Pun begitu, bagi wanita berusia 29 tahun itu, soal jodoh bukanlah perkara yang mudah dan boleh diperoleh segera.
Selain jodoh, fokus utama wanita berdarah campuran Me­layu-Nepal ini adalah untuk bangkit semula selepas perjalanan kariernya terjejas berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.
Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama bersama kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah negara ini.

Kosmo! Ahad: Petugas awan biru antara kelompok yang terjejas disebabkan Covid-19. Bagaimana dengan anda?
INTAN SYAFENAEZ: Sejak negara dilanda Covid-19, saya membuat keputusan mengambil cuti tanpa gaji kerana bimbang me­ngenai keselamatan diri.

Sepanjang tempoh itu, apa yang dilakukan untuk meneruskan hidup?
Saya sangat aktif di laman Instagram dan ia merupakan platform untuk saya menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Ada individu hilang kerja dan ditamatkan perkhidmatan akibat pandemik me­ngalami kemurungan. Bagaimana dengan anda?
Saya bersyukur dan berterima kasih kerana keluarga serta rakan-rakan memberi sokongan sepanjang tempoh sukar ini.

Boleh kongsi mengenai perniagaan online yang diusahakan?
Saya membeli banyak bara­ngan semasa bertugas ke luar negara seperti makanan tambahan, aksesori dan barangan kecantikan diri sebelum ini, jadi saya jual kepada pengikut di Instagram.

Jika diberikan peluang, adakah anda mahu meneruskan tugas sebagai pramugari?
Bekerja di awam biru merupakan jiwa saya, semoga pandemik ini segera pulih dan kami dapat bertugas semula. Sebagai wanita, kita perlu ada pendapatan sendiri dan berdikari.

Bagaimana pula dengan lelaki idaman?
Saya tidak memilih rupa atau pangkat. Apa yang pen­ting pasangan boleh menerima kekurangan dan menyayangi saya sebaik mungkin. Sejujurnya, saya mengimpikan seorang lelaki yang matang dan realistik selain bersedia menggalas tanggung jawab selepas berkeluarga kelak.

Tidak dinafikan terdapat wanita muda sanggup jadi su­gar baby, apa pandangan anda mengenainya?
Biarlah kita hidup dan berusaha sendiri, biar lambat tetapi senang di kemudian hari. Apabila mendapat wang hasil titik peluh yang halal, ia sangat manis dan kita akan berasa puas.

Adakah sibuk bekerja menyebabkan anda tiada masa mencari pasangan?
Tidak juga. Semasa bekerja saya berjumpa dengan ramai orang dan dikelilingi rakan-rakan sekerja lelaki. Mungkin belum bertemu de­ngan lelaki yang betul-betul ikhlas dan serius dalam hubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI