fbpx

Pengarah agensi kerajaan ditahan cabul staf sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Polis menahan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan hari ini selepas disyaki mencabul kakitangan dalam kejadian di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa lalu.

Suspek berusia 35 tahun ditangkap pukul 9 pagi tadi selepas dipanggil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira 9 pagi.

Menurut sumber, mangsa berusia 29 tahun dicabul selepas menyelesaikan urusan kerja rasmi di pejabatnya kira-kira pukul 2 pagi.

Kata sumber lagi, suspek bertindak mengancam termasuk menampar wanita terbabit ketika ingin mencabul kehormatannya.

“Selain itu, suspek juga mengugut akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran selepas kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI