fbpx

Arteta rayu pemain ubah nasib Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Arsenal perlu menampilkan aksi terbaik untuk menjinakkan Leeds menjelang pertembungan EPL malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meletakkan harapan tinggi untuk anak-anak buahnya dalam mengubah nasib pasukan untuk kembali berada di landasan kemenangan menjelang pertemuan bertemu Leeds United di Emirates malam ini.

Bagaimanapun, Arteta tidak mahu barisan pemain terlalu yakin untuk mengutip tiga mata sebaliknya berwaspada dengan tentangan sengit yang bakal diberikan oleh pasukan lawan yang dibimbing oleh pengendali berpengaruh, Marcelo Bielsa itu.

Kata Arteta, Leeds telah membuktikan status selaku pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak menjadi penghalang untuk mencipta kejutan pada saingan musim ini sehingga berjaya berada di pertengahan liga.

“Leeds adalah pasukan yang mengamalkan falsafah bola sepak moden dengan menyerang daripada pelbagai sudut. Saya tidak terkejut dengan kedudukan mereka ketika ini memandangkan mereka dilatih oleh pengurus berkaliber seperti Bielsa.

“Barisan pemain menghormati setiap arahan taktikal yang diterapkan dan kami perlu waspada dengan setiap ancaman kerana mereka boleh meledak gol menerusi serangan balas pantas serta set-piece,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Sementara itu, Arteta turut mengesahkan bahawa pasukannya kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh, Thomas Partey pada aksi bertemu Leeds kerana masih belum pulih daripada kecederaan otot.

“Partey mengalami kekejangan otot pada aksi bertemu Aston Villa minggu lalu dan berdasarkan ujian imbasan yang dilakukan, keputusannya tidak begitu baik dan dia dinasihat untuk direhatkan minggu ini. Mengenai berapa lama dia perlu diketepikan, saya belum pasti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI