fbpx

Svitolina dambakan pentas suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SVITOLINA yang baru berkahwin dengan Monfils Jumaat lalu terpaksa menangguhkan bulan madu dan fokus pada Sukan Olimpik yang membuka tirai 23 Julai ini. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Ukraine, Elina Svitolina menyasarkan pentas suku akhir buat kali ketiga di Terbuka Australia dalam kariernya selepas tampil cemerlang meraih kemenangan ke atas Yulia Putintseva di Margaret Court Arena semalam.

Pilihan kelima kejohanan itu mempamerkan persembahan cukup bertenaga apabila mudah membenam cabaran pemain Rusia tersebut dengan keputusan straight-set 6-4, 6-0 di pusingan ketiga.

“Saya gembira dengan persembahan hari ini (semalam) kerana bermain dengan cukup baik dan kurang melakukan sebarang kesilapan. Saya berpuas hati dapat mengawal permainan semula pada set pertama meskipun Putintseva cuba melakukan kebangkitan.

“Saya berusaha dan tidak membiarkan Putintseva untuk mengheret perlawanan ke set ketiga. Akhirnya saya berjaya melakukannya dan meraih kemenangan hari ini (semalam).

“Saya akui Putintseva seorang pemain tenis yang baik dan saya tidak boleh memandang mudah keupayaannya. Akhirnya saya berjaya tampil dengan cemerlang dan mara ke pusingan sete­rusnya,” katanya.

Hasil kemenangan itu, pemain pilihan ke-26 tersebut akan berdepan Jessica Pegula pada pusingan keempat sebelum mara ke peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, pemain berusia 26 tahun itu tidak pernah meraih sebarang gelaran Grand Slam dan dia juga belum berupaya untuk melangkah ke pentas final Terbuka Australia apabila dua kali tersekat di peringkat suku akhir pada musim 2018 dan 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI