fbpx

Rumah Ibadat Bukan Islam dibenar operasi hingga khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa semalam hingga 18 Februari ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 Bilangan 14 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kementerian Perpaduan Negara berkata, pembukaan RIBI semasa PKP adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuklah bilangan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa.

Katanya, RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan atau sembahyang.

“Penggunaan MySejahtera digunakan bagi tujuan rekod di kawasan yang mempunyai liputan internet yang luas.

“Pengecualian imbasan kod MySejatera yang hadir ke RIBI diberikan kepada penganut yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, jadual waktu sembahyang bagi Tokong Buddha, Tao, Wat Siam dan Gereja bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang.

Katanya, dua sesi waktu sembahyang dibenarkan bagi Kuil Hindu iaitu dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan dari pukul 5 petang hingga 9 malam.

“Jadual waktu sembahyang rumah ibadat Gurdwara pula bermula pukul 6 pagi hingga 9 pagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI