fbpx

Misi Pasca Banjir Khaira PPZ berlepas ke tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Shukri (dua dari kanan) memegang bendera PPZ pada acara pelepasan Misi Pasca Banjir Khaira PPZ di Wisma PPZ, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR- Seramai 900 mangsa banjir di tiga negeri boleh menarik nafas lega apabila beban mereka bakal diringankan menerusi Misi Pasca Banjir kedua oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebanyak 12 kenderaan terlibat dalam misi itu yang berlepas ke Temerloh, Pahang; Kemaman, Terengganu dan Johor Bahru, Johor pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Ahmad Shukri Yusoff berkata, misi itu membawa barangan keperluan rumah antaranya tilam, selimut, dapur gas, periuk nasi kepada mangsa-mangsa banjir.

“Semua keperluan disediakan setelah mendapat nasihat daripada majlis agama Islam negeri-negeri.

“Kita tak mahu berlaku pembaziran yang mana barangan itu sudahpun disediakan kepada mangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas pelepasan Misi Pasca Banjir Khaira PPZ dan SSM di Wisma PPZ di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz.

Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM400,000. RM350,000 disumbangkan SSM manakala RM50,000 disumbangkan oleh syarikat Darussalam Group of Company.

Dalam pada itu, Nor Azimah berkata pihaknya bersyukur dapat bekerjasama dengan PPZ untuk menunaikan tuntutan zakat.

“Alhamdulillah ini satu kerjasama yang sangat bermakna kerana dapat membantu bukan sahaja di Wilayah Persekutuan, tetapi di seluruh negara.

“Kami akan terus membayar zakat bagi menunaikan ibadat wajib agar menjadi satu perkara yang boleh kami sumbangan kepada komuniti,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI