fbpx

Presiden AS terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Joe Biden. - CNN

RALEIGH, Carolina Utara – Seorang lelaki di Carolina Utara didakwa mengugut mahu membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, menurut pertuduhan jenayah persekutuan yang tidak didedahkan di mahkamah, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

David Kyle Reeves, 27, dari Gastonia, North Carolina, ditangkap pada 5 Februari lalu kerana dengan sengaja membuat ugutan bunuh dan berniat mencederakan Presiden, menurut kertas pertuduhan itu.

Pendakwa raya mendakwa bahawa antara 28 Januari dan 1 Februari, Reeves menghubungi talian rasmi White House berkali-kali melalui telefon dan membuat ancaman terhadap Biden.

Dalam satu panggilan, Reeves dilaporkan mengeluarkan kata-kata ingin  membunuh semua orang dan memotong kepala Biden,”  menurut aduan tersebut.

Reeves memberitahu Ejen Perkhidmatan Rahsia bahawa dia mempunyai kebebasan bersuara dan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” menurut afidavit untuk menyokong aduan jenayah itu.

Reeves dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan Carolina Udara semalam dan diperintahkan untuk terus berada dalam tahanan.

“Reeves mengaku tidak bersalah dan menerima penilaian kesihatan mental yang sesuai,” kata peguamnya, Kevin Tate, peguam litigasi kanan untuk pejabat Pembela Awam Persekutuan Daerah Barat, Carolina Utara, dalam emel kepada CNN.

Reeves kini ditahan di penjara Mecklenburg County.

Tuduhan melakukan ugutan terhadap presiden AS boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda AS$250,000 (RM1 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI